2 hari kursus mesra Malaysia bagi kempen “MALAYSIA WELCOMES THE WORLD” (MWW) 2013

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sabah Tourism Board dan
Kolej ATI (Asian Tourism International College) akan mengadakan program latihan “ Mesra Malaysia”
selaras dengan saranan kerajaan dan kempen “Malaysia Welcomes The World” bagi tahun 2013.
Kerajaan Negeri dan Kementerian Pelancongan dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang terkenal dengan imej
mesra di kalangan pelancong asing, beberapa strategi promosi telah
dilaksanakan dengan penglibatan semua Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Badan-badan Pelancongan (NGO) dan sekolah-sekolah. Program ini adalah ditujukan kepada industri Pelancongan– Frontliners, para pemandu pelancong, para pemandu pelancong alam semulajadi setempat, kakitangan-kakitangan kerajaan, para pelajar sekolah, ahli-ahli Jawatankuasa Kampung dan lain-lain. Program ini bertujuan untuk memberikan persediaan awal kepada frontliners supaya mereka peka dengan industri Pelancongan disamping dapat menonjolkan tahap perkhidmatan mesra kepada para pelancong. Maklumat program adalah seperti berikut:
TARIKH: 23-24 MARCH 2013,
SABTU & AHAD
MASA: 8.30 PAGI– 5.00 PETANG
TEMPAT: JBORNEO NATIVE VILLAGE
(NEXT TO LOK KAWI WILDLIFE PARK)
PROGRAM : MESRA MALAYSIA
YURAN: RM10.00
(Penyertaan adalah terhad.
Keutamaan kepada yang mendaftar awal
sahaja)

Sila hubungi
Kolej ATI –
Faks 088-254731 dengan
KADAR SEGERA
atau selewat-lewatnya
SEBELUM/PADA 20MARCH2013 untuk di kemukakan ke Pejabat Lembaga Pelancongan Sabah untuk disenarai pendek.
Untuk makluman tuan, yuran penyertaan sebanyak RM10.00 seorang akandikenakan. Tujuan pembayaran tersebut adalah untuk penganugerahan sijil
penyertaan selepas tamat program tersebut Penyertaan adalah terhad kepada 40 ORANG PESERTA SAHAJA.  Oleh yang demikian, sebarang
PEMBATALAN penyertaan hendaklah dimaklumkan kepada Kolej ATI secara
bertulis dalam tempoh (3) tiga hari sebelum tarikh program bermula.
Sekiranya, tuan gagal berbuat demikian, penalti sebanyak RM100.00 akan
dikenakan bagi setiap peserta. Walaubagaimanapun, jikalau terdapat
sebarang pertukaran peserta, pihak tuan dikehendaki untuk memaklumkan
kepada Kolej ATI secara bertulis dalam tempoh (3) tiga hari sebelum tarikhprogram bermula.
Sila maklum bahawa hanya perserta yang datang mendaftar awal sahaja
pada tarikh kursus akan diberikan keutamaan, Kegagalan untuk mendaftar
awal tidak akan dilayan memandangkan kursus ini hanya terhad kepada 40 orang peserta sahaja.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Mabel Cheong, Kolej ATI di talian 016-8322167 atau Encik Donovan Rayner, Kolej ATI di talian 013-8961988 atau 088-253 731/732.